13 Nov 2009

KEPUTUSAN HAKIM MAHKAMAH PERSEKUTUAN DITANGGUH

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Saya paparkan rencana yang ditulis saudara Mohamed Hanipa Maidin dari blognya "Peguampas" bertajuk, " Sultan tiada kuasa memecat Nizar". Rencana ini memaparkan beberapa perkara dan hujah semasa sessi penghujahan yang memakan masa hampir enam jam setengah pada 5 November 2009 di mahkamah Persekutuan , Putrajaya.

Terdahulu dari itu, (sebelum meneruskan penghujahan) saya telah memohon dari 5 orang hakim Melayu tersebut, melalui counsel saya Dato' Ambiga untuk mendapatkan panel hakim penuh 11 orang bagi mengadili kes ini. Diantara hujah yang dikemukakan ialah:

1. Kes ini terlalu besar dan berat kerana mahu menentukan kedudukan MB dan juga natijahnya nanti akan menentukan status PM sendiri dimasa akan datang sebagai kes dahuluan.

2. Pernah mahkamah yang sama meletakan 7 orang panel hakim bagi mengadili satu kes bersabit pengedaran dadah yang jika dibandingkan dengan kes ini jauh lebih kecil.

3. Tiga orang dari lima hakim tersebut pernah mendengar kes krisis Perak terdahulu dari ini dan membuat penghakiman tidak menyebelahi saya dan dikhuatiri prejudice.

4. Terdapat beberapa orang lagi hakim mahkamah Persekutuan yang bukan Melayu yang cukup fasih dan mahir dalam isu perlembagaan Malaysia dan Perlembagaan Perak, tetapi mereka ini seolah-olahnya sengaja dikesampingkan.

5. Memandangkan kes ini banyak merujuk kepada precedent yang terkandung dalam kes Amir Kahar di Sabah, kes Stephen Kalong Ningkan di Sarawak, kes Joseph Pairin Kitingan di Sabah, walaupun merit dan faktanya mengandungi sedikit perbedzaan, maka amat bertepatan jika di masukkan dalam panel jemaah hakim ini hakim dari Borneo, Sabah dan Sarawak.

6. Untuk diambil kesempatan dalam mengadili kes ini oleh Ketua Hakim Negara bagi mengembalikan kegemilangan dan keyakinan masyarakat dan dunia luar kepada Institusi Kehakiman di Malaysia yang teruk tercemar dan tercalar akibat pengaruh luar.

7. Bagi mencerminkan bahawa keadilan bukan hanya perlu di laksanakan tetapi mesti dilihat untuk dilaksanakan (justice must be seen to be done) dan kedua, kesaksamaan bukan hanya mesti dilakukan tetapi ditanggapi mesti dilakukan (impartiality must appeared to be done).

Namun hakim telah menangguhkan pendengaran permohonan dan setelah 30 minit kemudian memutuskan sebulat suara menolak permohonan saya untuk mendapatkan jumlah jemaah hakim penuh kalau tak bolih 11 namun dipohon 9 orang. Kesemua ditolak walaupun tiada bantahan dari pihak Peguam Negara (Tan Sri Ghani Patail) dan peguam YB DR Zambry.

Penolakan permohonan saya oleh 5 orang hakim tersebut juga adalah tanpa sebab dan hujah.
Maka perbicaraan rayuan diteruskan dan memakan masa hampir enam jam setengah sehingga pukul 6.30ptg.

Di paparkan di sini sedutan dari laporan dan pandangan Peguam Sdr Mohamed Hanipa Maidin untuk pengetahuan pembaca. Saya masih menunggu tarikh dari mahkamah persekutuan untuk mendengar keputusan perbicaraan rayuan kes ini. Sila amati dan doakan!


SULTAN TIADA KUASA MEMECAT NIZAR

OLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN

“ Tunjukkan mana-mana peruntukkan di dalam Perlembagaan Perak yang memberi kuasa kepada Y.M Sultan Perak untuk memecat Nizar sebagai Menteri Besar ( MB ) Perak yang sah”. Itulah intipati hujah pasukan peguam Nizar semasa berhujah di Mahkamah Persekutuan , Putrajaya pada 5 November yang lalu.

Peguam Zambry dan Peguam Negara berhujah bahawa Zambry adalah MB yang sah kerana beliau telah dilantik oleh Y.M Sultan Perak di bawah Perkara 16 ( 2 ) Perlembagaan Negeri Perak. Peguam Nizar pula berhujah sebelum Zambry boleh mendakwa dia adalah MB Perak yang sah beliau perlu membuktikan terlebih dahulu bahawa jawatan MB yang disandang oleh Nizar telah dikosongkan ataupun Nizar telah dipecat secara sah berdasarkan Perlembagaan Negeri Perak.

Sepertimana yang dikatakan oleh Harley CJ ( Borneo ) di dalam kes Stephen Kalang Ningkan v Tun Abang Haji Openg and Tawi Sli ( 1966 ) 2 MLJ 187 , terdapat dua keadaan di mana Governor ( atau Sultan ) mempunyai bidibicara iaitu (a) dalam isu pelantikan MB dan ( b ) enggan bersetuju untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri ( DUN ) .

Harley CJ seterusnya berkata “ As regards to ( a ) , nobody could be so foolish to suggest that a Governor could appoint a second Chief Minister while there was still one in office..” ( Terjemahan : “Berkenaan ( a ) , tiada orang yang terlalu bodoh untuk mencadangkan bahawa Governor boleh melantik MB yang kedua jika MB yang pertama masih memegang jawatan tersebut.” )

Apa yang jelas sehingga 5 November 2009 Zambry masih tidak dapat membuktikan bahawa kerusi MB yang Nizar pegang telah dikosongkan atau Nizar telah dipecat secara sah oleh Sultan Perak.

Peguam Zambry dan Peguam Negara berhujah bahawa memandangkan Nizar telah memohon secara betulis pada 5.2.2009 kepada Sultan bagi pembubaran DUN Perak di bawah Artikel 16 ( 6 ) Perlembagaan Perak dan memandangkan Sultan enggan menggunakan budibicaranya untuk membubar DUN Perak maka Nizar dan barisan exconya hendaklah meletakkan jawatan berdasarkan peruntukkan itu.

Peguam Zambry dan Peguam Negara juga berhujah bahawa di dalam surat Nizar kepada Sultan bertarikh 5.2.2009 itu Nizar mengatakan jumlah kerusi BN dan PR adalah sama banyak iaitu masing-masing 28 kerusi kerana kerusi tiga ADUN yang melompat telah diisytiharkan kosong oleh Speaker. Peguam Zambry dan Peguam Negara berhujah jika pun jumlah kerusi BN dan PR adalah sama iaitu 28 Nizar masih lagi tewas jika undi tidak percaya diadakan kerana kerusi PR sebanyak 28 itu termasuk kerusi speaker maka jika undian dibuat speaker tidak boleh mengundi maka PR hanya boleh dapat 27 undi sahaja.

Peguam Nizar menjawab sebelum Artikel 16 ( 6 ) hendak digunakan oleh Zambry mestilah terlebih dahulu dibuktikan bahawa Nizar telah kehilangan kepercayaan oleh Adun –Adun dan bagi menentukan hal tersebut perlu diadakah sidang dewan bagi para Adun membawa undi tidak percaya kepada Nizar. Di dalam kes ini adalah jelas tiada sebarang undi tidak percaya telah diambil dari mana-mana sidang Dun. Oleh itu prasyarat Perkara 16 ( 6 ) tidak dipenuhi di dalam kes ini.

Peguam Nizar juga berhujah bahawa berdasarkan sejarah negara ini undi tidak percaya yang dibuat di dalam sidang dewan pernah berlaku di dalam kes di Trengganu pada tahun 1961. Pada tahun 1959, PAS berjaya membentuk Kerajaan di Trengganu dan MB yang dilantik adalah Y.B Daud Samad. Pada 26/10/1961 Ketua Penerangan Umno Tuan Syed Jaafar Albar telah mengumumkan bahawa Perikatan telah menjadi parti majoriti kerana 3 orang Adun PAS dan 3 orang Adun Parti Negara telah melompat menyertai Umno.

Pada 30/10/1961 undi tidak percaya dibuat di dalam Dun Trengganu ke atas MB , Daud Samad. Selepas undi tidak percaya Daud Samad telah meminta Sultan Trengganu membubarkan Dun Trengganu namun Sultan enggan berbuat demikian. Sultan kemudiannya melantik Ibrahim Fikri dari Perikatan sebagai MB yang baru.

Jelas Sultan hanya bertindak selepas undi tidak percaya dibuat di dalam sidang dewan.

Mengenai hujah Zambry bahawa Nizar masih lagi tewas jika undi tidak percaya diadakan kerana kerusi PR sebanyak 28 itu termasuk kerusi speaker dan memandangkan speaker tidak boleh mengundi maka Nizar akan kalah jika undi dibuat peguam Nizar menjawab seperti berikut : Ya, benar speaker , Sivakumar tidak boleh mengundi tetapi jika benar-benar ada sidang Dun untuk diambil undi tidak percaya kepada Nizar apakah yang menghalang untuk Sivakumar meletak jawatan speaker dan menjadi ADUN biasa dan seterusnya mengundi. Tidakkah waktu itu kedudukan PR dan BN adalah 28 : 28. Sudah tentu jika BN terlalu bodoh melantik Adun mereka sebagai speaker sebagai ganti Sivakumar maka kerusi BN akan berkurang sebanyk 27 dan PR pula mempunyai 28 kerusi.

Peguam Nizar juga berhujah apabila Nizar enggan meletakkan jawatan adakah Sultan ada kuasa memecat beliau. Peguam Zambry dan Peguam Negara kata Sultan ada kuasa. . Peguam Nizar menjawab sila tunjukkan peruntukkan mana yang memberi kuasa itu. Peguam Zambry kata meskipun tiada peruntukkan khusus Sultan dianggap mempunyai kuasa itu ( deemed to have such a power ).

Peguam Nizar menjawab mestilah ada satu peruntukkan anggapan ( deeming provision ) di dalam Perlembagaan Perak sebelum Sultan dianggap mempunyai kuasa itu.

Sebagai contoh hujah peguam Nizar terdapat peruntukkan anggapan di bawah Perkara 19 ( 1 ) di Bahagian 2 Perlembagaan Perak bahawa Sultan dianggap telah mengosongkan jawatannya jika baginda tidak hadir dalam tempoh yang lama di dalam sidang Dewan Negara dan ketidakhadiran untuk tempoh yang lama itu tanpa alasan yang mencukui atau alasan yang munasabah. Jelas sebelum jawatan Sultan itu boleh dinggap dikosongkan Perlembagaan Perak secara jelas memperuntukkan peruntukkan berkenaan anggapan tersebut.

Hal yang sama tidak berlaku di dalam kes pengosongan jawatan MB. Tiada peruntukkan yang menyatakan bahawa jika MB enggan meletakkan jawatan kerusi MB dianggap telah kosong. Tanpa peruntukkan penting itu bagaimanakah Mahkamah boleh membuat anggapan sepertimana yang dihujahkan oleh Peguam Zambry dan Peguam Negara.

Peguam Nizar menyatakan Perlembagaan Perak dengan secara jelas menyatakan di dalam Perkara 16 ( 7 ) Perlembagaan Perak bahawa tidak seperti mana exco yang dilantik atas kerelaann Sultan ( at his pleasure ) jawatan MB tidak dipegang atas kerelaan Sultan. Oleh itu tidak timbul Sultan boleh memecat Nizar sebagai MB Perak yang sah.

Hujah telah diberikan terpulanglah kepada lima orang Hakim Mahkamah Persekutuan memutuskan. Bagi 5 orang hakim itu saya ingin menukilkan nasihat Hakim Israel iaitu Ehud J yang menyatakan “ Apabila para hakim duduk untuk menghakimi, hakikatnya merekalah yang sedang dihakimi.” Ya, rakyat sedang menghakimi 5 orang hakim tersebut.

Terima kasih dan penghargaan kepada Sdr Mohamed Hanipa Maidin.

30 Oct 2009

PERSIDANGAN HARAM DUN PERAK 28 OKT '09

Asalamualaikum dan salam sejahtera.

Perancangan tak bermaruah UMNO BN dan Dato' Ganesan

Kehadiran 28 ADUN Pakatan Rakyat(PR) adalah diatas notis peringatan persidangan dari Speaker YB Sivakumar, melalui surat bertarikh 13 oktober '09. Kami mula bergerak menuju ke bangunan SUK jam 9.35 pagi bersama YB Speaker yang lengkap berjubah dan berkopiah sebagai Tuan Yang di Pertua dewan. Saya dan rakan lain seiring berjalan dengan Speaker.

Kami dihalang polis melalui 2 halangan/checkpoint sebelum sampai ke pintu/gate utama melalui jalan medan istana. Setiap halangan kami terpaksa bergelut dan berperang mulut dengan anggota polis yang menggambarkan seolah-olah mereka hanya fokus pada YB Sivakumar. Beberapa tindakan dibuat oleh polis bagi menghampiri YB Speaker Sivakumar. Saya sendiri menyedari hal ini telah memegang rapat tangan YB Sivakumar. Kami dibenarkan masuk satu demi satu disetiap checkpoint dan kami mengelilingi YB Sivakumar sambil berjalan. Suasana dan kehadiran anggota polis dan kenderaan trak yang banyak serta anggota FRU berkelengkapan penuh siap siaga semacam suatu pertempuran sengit akan berlaku. Ketua polis Ipoh di lihat berdiri diatas trak FRU bersama dua anggota siap dengan senapang dan pancutan simbahan asid dan gas. Disepanjang jalan dan tengah jalan dipenuhi anggota polis, SB siap berkamera video dan senjata. Namun semua warga media tidak dibenar mengekori kami.

Sampai di pintu utama, gate ditutup oleh keselamatan SUK yang mana bilik kawalan dikuasai oleh polis dan mereka hanya membuka gate setelah kami merayu dan akhirnya bertengkar supaya dibuka gate dan setelah dibuka kecil baru kami dibenar masuk satu demi satu juga. Kemasukan kami keperkarangan bangunan SUK dinanti oleh polis ramai, beruniform dan juga memakai vest POLIS. Ratusan kakitangan kerajaan melambai kami dari beranda dan celah tingkap-tingkap pejabat tanda sokongan. Saya turut membalas lambaian mereka sambil sempat melaungkan "HIDUP DIDUP, HIDUP RAKYAT!

Kami masuk ke lobi lif, namun lif semacam tidak berfungsi. Semasa dilobi lif polis cuba menghampiri Sivakumar tapi kami bertahan sehingga berlaku pergelutan kerana nampak mereka mahu menghalang kemasukan kami. Setelah bergelut hampir 6 minit maka kami keluar dari lobi lif dan berjalan menghala ke gate dan bertemu untuk beritahu orang ramai dan warga media bahawa kami dihalang polis dari masuk ke dewan. Setelah mendapat persetujuan dari pegawai Glenn bahawa kami tidak akan dihalang didalam perkaranag bangunan SUK , maka masuk semula. Kali ini gate sekali lagi ditutup dan kami terpaksa pinta dibuka dan barulah dibuka. Bayangkan berapa lama masa terbuang dalam insiden ini sahaja.

Setelah melepasi gate kami menuju ke lobi lif lagi satu untuk ketingkat 3 yang terpaksa melalui tempat letak kereta pegawai kerajaan. Semasa ditempat letak kereta ramai anggota polis diarah menyekat kami untuk menagkap Sivakumar. Berlaku pergelutan dahsyat disitu, Saya yang ketika itu memegang tangan kiri Sivakumar seolah direntap dan terlepas. Kopiah Sivakumar dirampas oleh ASP Bala. Beberapa ADUN PR yang cuba menghalang telah dikasari . Saya terlihat YB Chan Meng Kai (Simpang Pulai ) tersungkur dan terbaring di atas lantai dikelilingi polis! Sivakumar di kerumuni polis sehingga dicekik dan dihimpit perutnya, dia cuba menjerit tapi suara tak keluar barangkali tercekik kuat. Saya meraung dan menjerit meminta pertolongan dari kalangan kakitanagn kerajaan dan pemandu yang ramai melihat dan menonton kekejaman polis terhadap kami. Saya menjerit acap kali meminta pertolongan namun polis terus menerpa kami . Ketika itu Sivakumar kelihatan lesu dan mereka merentap jubah yang dipakainya. Saya turut menahan supaya Sivakumar tidak cedera namun polis terus merentap dan merampas jubah yang dipakainya dengan ganas dan dahsyat sekali. Akhirnya jubah yang dipakai koyak rabak dan tertanggal dari Sivakumar. Dia hanya dapat pegang cebisan jubah berjalur emas sebagai simbol cebisan demokrasi yang dikoyak robekan oleh UMNO BN di Perak.

bersambung.........

17 Sep 2009

PERUTUSAN 1 SYAWWAAL 1430

ALLAHU AKBAR

ALLAHU AKBAR

ALLAHU AKBAR, WALILLAHIL HAMD.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillahi wasyukurillah, wasalatu wassalam 'ala Rasulillah SAW.

Segala kepujian kepada Allah SWT. Dihari raya aidil fitri ini kita kembali kepada fitrah asal-usul kita dicipta untuk menjadi khalifah di muka bumi ini.

Bagi memenuhi amanah yang dipertanggungjawabkan ini Allah SWT mewajibkan kita bersiyam(puasa) bagi memperolehi KPI sebagaimana yang telah dicapai oleh umat terdahulu (Rasul, Nabi, Aulia', Mujahidin dll) . Kesemua umat terdahulu berpuasa dan kesemua mereka menatijahkan perubahan rohani jasmani, sosio-budaya politik, perubahan minda serta peradaban. Kesimpulanya perubahan dari perhambaan kepada manusia kepada pengabbdian sepenuhnya kepada kehendak Allah SWT.

Terdahulu dari bulan Ramadzan, kita melalui Rejab yang dianugerahkan fardhu solat. Sembahyang sebagai tiang agama Islam mesti di laksanakan mengikut kaedah yang didirikan oleh nabi Mohammad SAW. Namun kepelikan berlaku dikalangan kita kaum muslimin masyarakat Malaysia, yang mana rukun puasa ini disambut, pelihara dan dilaksanakan bersungguh-sungguh sehinggalah menyambut raya aidil fitri. Segala amalan ramadzan seperti solat sunat tarawih dibuat bersungguh-sungguh. Ini bagus! Jika semangat dan sikap begini diaplikasi dalam melaksanakan tuntutan sembahyang , alangkah baiknya! Namun kaum kita sanggup mengabaikan sembahyang dalam memenuhi tuntutan puasa.

Sepatutnya dengan satu ayat sahaja (al-Baqarah: 183) perintah kita berpuasa, kita puasa sungguh-sungguh, tetapi dengan puluhan ayat yang memerintah kita solat dipandang sepi dan tidak ambil berat. Sikap begini berlaku oleh kerana sepanjang kita merdeka 52 tahun, puasa dijadikan ibadat khusus, sahor, buka, tarawih, tadarus dan raya dan tak lebih dari itu.

Walhal apabila Allah merujuk kepada (sebagaimana difardhukan orang-orang terdahulu dari kamu), bermakna mereka yang berpuasa terdahulu dari kita juga telah berubah. Bahkan kesemua insiden besar yang Allah muatkan didalam bulan Ramadzan (lailatul qadar, tambat syaitan, buka seluasnya pintu syurga, tutup serapatnya pintu neraka, tarawih, nuzul al-Quran, Badar al-kubra, fathul Mekah dll) semua mengajak kita berubah dan bertukar supaya lebih rapat dengan Islam. Bahkan isi kandungan takbir raya itu sendiri (yang turun dan diungkap oleh nabi Mohammad pertama kalinya dalam peperangan Badar setelah melihat mayat Abu jahal) mengajak kita buat perubahan besar-besaran. Malangnya takbir raya itu telah disensasikan, didayukan serta disyahdukan dikalangan masyarakat melayu sehingga hilang ruh dan semangat takbir itu sendiri. Semangat jihad pengorbanan, kembali kepada menegak kalimah Allah dan pensucian aqeedah telah tenggelam dek kerana alunan dayu sensasi takbir raya.

Sebagai ibadat tertua, puasa juga menuntut kita memperolehi ketaqwaan sebagai teket untuk bertemu dengan Allah diakhirat kelak. Tanpa taqwa ini, sesaorang itu tidak boleh mendapat pertimbangan Allah untuk ke syurga.

Sempena 1 syawwaal ini saya mengajak warga Perak untuk melakukan perubahan besaran dalam pilihanraya negeri yang akan terpaksa dilakukan dalam masa terdekat ini. Kemelut politik dan krisis perlembagaan yang berlaku akibat rampasan kuasa pada 5 Februari 2009 telah menyebabkan Perak dilanda malang dan krisis. Tolaklah mereka yang terbukti mengenepikan perintah keadilan dan amanah, zolim terhadap hak rakyat, menyalahgunakan agensi kerajaan SPR, SPRM, PDRM, Kehakiman dll. Tolak mana-mana yang berjuang diatas prinsip perkauman dan assobiyah kerana dia (perjuangan berteraskan perkauman) tiada tempat dalam Islam. Nabi Mohammad menyatakan dengan jelas bahawa bukan dari kalanganya mereka yang hidup-matinya, perjuanganya kerana bangsanya atau kaumnya.

Mari tolak perkauman dan terima nilai-nilai Islam dalam melaksanakan tugasan kita sebagai Khalifah dimuka bumi ini. Selamat hari raya maaf zohir batin. Saya mewakili keluarga dan seluruh warga Pakatan Rakyat menyusun jari sepuluh memohon keampunan atas segala kesalahan dan kelemahan tempoh hari.

Bertemu di Bagan Pinang!

Hidup, hidup, hidup Rakyat!

Allahu Akbar, Allahu Akbar walillah hil hamd

11 Sep 2009

FACEBOOK PALSU YB DS MOHAMMAD NIZAR JAMALUDDIN

Assalamu'alaikum. Selamat melaksanakan ibadat puasa dan salam aidil fitri.

Adalah dimaklumkan bahawa terdapat beberapa usaha nakal kecilan dari sesetengah kalangan pelayar yang telah memalsukan serta menyamar satu laman Facebook yang kononya dari kepunyaan saya diatas nama saya (MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN) dan menggunakan alamat email seperti berikut "nizar.mb.perak@gov.my". Facebook ini diurus oleh pihak yang tiada kena mengena dengan saya dan saya tidak pernah memberi kebenaran kepada mana mana individu atau institusi untuk tujuan tersebut.

Disyaki penyamar tersebut menggunakan alamat email pentadbiran kerajaan Perak DR yang memuatkan maklumat peribadi dan profile rasmi saya serta penulisan dan perakuan yang cuba untuk mengaibkan saya. Berita serta rencana yang dipos berunsur fitnah dan kesemuanya palsu. Oleh itu melalui blog rasmi saya ini saya menafikan sekeras-kerasnya paparan dari Facebook tersebut yang jelas dan terang bertentangan dengan peradaban dan budaya akhlak Islam. Ianya bukan dari sumber saya.

Saya memohon supaya yang bertanggungjawab membuat fitnah ini berhenti dan sebaliknya paparkan berita benar untuk mendapat sedikit keredhaan Ilahi dari menyebarkan kepalsuan dan kebatilan mengenai diri saya. Usaha sedang dibuat dengan pengurusan Facebook supaya memadamkan laman palsu tersebut. Ianya terang-terangan cuba mencemarkan imej serta integriti saya.

Saya sedia memaafkan angkara ini dari sesiapa saja yang menyamar dan mari kita sama mencari sedikit keredhaan Allah SWT dalam bulan Ramadzan ini serta pengampunan dari NYA.

Selamat menyambut hari lebaran Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin.

HIDUP RAKYAT!! BUBAR DUN PERAK!!!

YB DS Mohammad Nizar bin Jamaluddin.

27 Aug 2009

PERSIDANGAN DUN PERAK 2 SEPTEMBER 09

Ihsan dari HARAKAHDAILY.NET
Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak. Anggaplah setiap detik dalam bulan ini sebagai
detik "Lailatul Qadar".

Sidang Dun Perak: Bahas titah tuanku, gantung Zambry
Azamin Amin
Thu | Aug 27, 09 | 11:38:04 am MYT

KUALA LUMPUR, 27 Ogos: Dato' Seri Nizar Jamaluddin yakin Persidangan Dun Perak 2 September depan akan berjalan lancar sekaligus tidak akan mengulangi insiden 7 Mei lalu akibat tindakan BN yang melanggar lunas peraturan dan undang-undang sedia ada.

Sidang minggu depan itu, katanya amat penting kerana titah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah belum dibahaskan lagi malah pada 7 Mei itu, tiada persidangan pun yang berlangsung memandangkan keceohan yang berlaku berikutan pelantikan Speaker 'haram' yang baru, yang tidak mengikut peraturan Dun.

Adun Pasir Panjang dan Ahli Parlimen Bukit Gantang itu berkata kepada Harakahdaily pagi ini bahawa sidang itu juga akan membentangkan usul pengantunggan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Timbalan Speaker Hee Yit Foong oleh Jawantankuasa Hak dan Kebebasan yang dipengerusikan oleh Speaker V. Sivakumar.

Masing-masing dikehendaki membayar denda sejumlah RM500,000 dan RM250,000 setiap seoarang akibat tindakan mereka yang menghina DUN dan kuasa Speaker, katanya.

Bagaimanapun, berhubung status Speaker 'haram' Datuk M Ganesan yang dilantik 7 Mei lalu, Nizar menjelaskan, satu permohonan injuksi akan dibuat untuk menghalang dalam menjalankan tugas Speaker yang masih disandang oleh Sivakumar.

"Selama ini, Adun-adun Pakatan Rakyat Perak senantiasa mengikut peraturan dan yang memulakan kekacauan serta menggunakan pihak keselamatan untuk campur tangan serta mengheret keluar Speaker adalah pihak yang lagi satu.

"Mereka sebenarnya yang menghina Dewan dan Tuanku Sultan. Kita patuh pada peraturan...apabila Speaker panggil, kita wajib hadir," katanya ketika dihubungi.

Nizar turut mengulas sidang Dun 'bawah pokok' 3 Mac lalu, (gambar) berpunca daripada perbuatan menghalang Speaker dan Adun-Adun memasuki bangunan Dewan Undangan Negeri Perak.

Semalam Sivakumar telah memfailkan saman terhadap Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Datuk Dr Abdul Rahman Hashim untuk menuntut ganti rugi, ganti rugi teruk dan ganti rugi contoh.

Writ saman itu yang difailkan melalui Tetuan Chan & Associates di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Ipoh tengah hari semalam, mendakwa Setiausaha Kerajaan Negeri itu atau pekerja atau ejennya telah menghalang beliau dan anggota DUN daripada menghadiri dan memasuki Dewan Negeri yang terletak di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada 3 Mac lepas.

Pada 21 Ogos lalu, pihak Adun Pakatan Rakyat telah menghantar notis guaman dan memberi tempoh selama 48 jam kepada Abd. Rahman untuk memberi aku janji supaya tidak campur tangan pada persidangan Dewan 2 September ini.

Sebelum ini turut mengulas isu krisis yang berlaku di Perak ialah pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari yang berpendapat sidang Dun 7 Mei itu sebagai tidak sah.

Aziz menjelaskan dari awal lagi sidang telah menyingkirkan kedudukan dan kuasa Speaker V. Sivakumar yang kemudian berlanjutan kepada bermacami arahan dibuat oleh Setiausaha Dun dan Setiausaha Kerajaan yang tidak mempunyai bidang kuasa yang sah.

"Hari itu Hee Yit Foong yang bertindak memulakan sidang meskipun Sivakumar ada dan masih belum disingkirkan. Itu belum lagi mengambilkira kedudukan Hee yang sebenarnya masih di dalam penggantungan.

"Bagaimana Hee boleh dibenarkan memulakan prosiding yang kemudian memilih Datuk M Ganesan," soal Aziz.

Paling menyedihkan, kata Aziz lagi, sebagaimana sidang di bawah pokok Mac lalu ,sekali lagi polis memainkan peranan utama.

Aziz menyifatkan kekecohan di Dun Perak itu adalah yang kedua selepas rampasan kuasa oleh BN pada 5 Februari dan pihak polis juga menghalang sidang Dun Perak Mac lalu sehingga ia terpaksa diadakan di bawah pokok kira-kira 100 meter dari premis rasmi.

"Apa yang berlaku di Perak itu bagaikan persetubuhan haram yang melahirkan anak dan cucu yang kemudiannya melibatkan komplikasi dan kekeliruan tentang taraf dan hak anak-anak yang tidak berdosa itu," katanya.

Wallahu a'lam.

9 Jul 2009

PRESIDEN PAFA

KENYATAAN MEDIA DATO’ SERI PRESIDEN PAFA

YB. DATO’ SERI IR. HJ. MOHAMMAD NIZAR JAMALUDDIN


Saya memandang serius kenyataan YB Dato’ Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang mendesak saya meletakkan jawatan selaku Presiden PAFA, kerana kononnya kantung PAFA kini kekeringan sehingga menyebabkan gaji pemain bola sepak Perak gagal dibayar mulai Jun 2009. Sebenarnya gaji mereka bagi bulan Jun dan inshaAllah bulan Julai 2009 telah memang dirancang sediakan.

Kenyataan YB Dato Seri Dr. Zambry itu tidak menunjukan sikap professionalisma seorang ketua kerajaan yang prihatin akan masalah rakyatnya. Ia lebih mengambarkan watak yang amat negatif, berdendam dan gagal membezakan kaedah bersukan dan berpolitik.

Ia secara jelas menunjukkan bahawa YB Dato Seri Dr Zambry sekali-kali tidak berfikiran positif untuk membantu tetapi sebaliknya lebih berusaha merosakkan keadaan. Setelah mengemudi PAFA kurang lebih 7 bulan, saya mendapati PAFA banyak tanggungan lapuk sejak beberapa tahun lamanya. Itulah peninggalan saki baki pengurusan lama. Namun pengurusan baru tidak pernah bersungut malah terus menggembeling khidmat bagi menyusun semula PAFA.

Bayangkan ketika ambil alih itu dengan tunggakan gaji pemain-pemain selama lima bulan yang mesti dilangsaikan. Pemain pemain serta pegawai baru telah diambil .Penyata kewangan PAFA terdahulu terdahulu dari itu jelas tertera hutang lapuk yang mencecah sekitar RM3juta. Saya difahamkan ketika itu segala peruntukan tahunan bagi PAFA dari FAM telah didahulukan. Sehinggan peruntukan 2009 juga telah pohon-ambil. Maka bagi 2008 sememangnya FAM tidak menyumbang kerana telah diserah awal terdahulu dari itu.

Semasa menjadi ketua “government of the day”, rakan-rakan exco serta Dato’ Pegawai Kewangan Negeri, tanpa mengira kedudukan siapa yang menerajui PAFA ketika itu, pernah meluluskan dan menghulurkan bantuan negeri sebanyak RM300,000.00 semata-mata untuk membantu masalah kewangan PAFA yang terlalu meruncing sebelum lagi saya mengambil alih menjadi Presiden PAFA. Saya tidak pernah mendesak sesiapapun berundur semasa itu, malahan saya tidak mendesak ditawarkan jawatan Presiden, tetapi ia diputuskan oleh Kongres tahunan PAFA. Saya pikul dengan penuh tanggungjawab dan berhemah. Jauh dilubuk hati saya mahu melihat PAFA bangkit semula dan mengharumkan Perak.

Saya menerima tawaran itu dengan hasrat membantu menyelesaikan masalah kewangan PAFA yang begitu kritikal. Tambahan banyak pihak yang mendorong saya menerima jawatan berkenaan. Akhirnya saya dipilih melalui kongres tahunan PAFA, dan saya menerimanya sebagai tindakan untuk sama-sama berusaha menyuburkan PAFA, terutama dalam sukan bola sepak.

Ramai kenalan rakan dan taulan mula membantu dan menyumbang dalam semua aspek termasuk kewangan dan tajaan yang dapat segera memulihkan PAFA. Sejak itu gaji para pemain dan pegawai dan lain lain perbelanjaan semasa tidak pernah ditangguh. Moral pemain dan pegawai memuncak.

Setelah insiden rampasan kuasa kerajaan pada 6 Feb 2009, suasana agak bertukar. Oleh yang demikian, saya juga memang tidak merancang untuk terus memegang jawatan Presiden PAFA ini, malahan akan berundur apabila tiba waktu yang bersesuaian. Saya juga telah bertemu dengan Setiausaha Agung FAM, Yg Brbhg Dato’ Azudin di pejabat beliau, memaklumkan pendirian, kedudukan, sumber dan kemampuan saya yang terhad daripada segi kewangan untuk membantu PAFA.

Sesungguhnya, saya difahamkan bukan hanya Perak menghadapi masalah kewangan seumpama ini, malahan oleh mana-mana persatuan bola sepak negeri lain memandangkan “gate collection” semasa adalah tersangat rendah. Membentuk sebuah pasukan bola sepak memerlukan masa bukan boleh dibina dalam tempoh enam bulan. Malaysia sendiri masih dalam proses membina pasukan bola sepak yang terbaik.

Saya dimaklumkan bahawa satu pasukan berhasrat menarik diri dan satu lagi pasukan telahpun memohon pendahuluan peruntukan 2010 oleh kerana himpitan kewangan. Sewajarnya jika YB Dato Seri Dr Zambry mahu mendahulukan rakyat, maka inilah masanya membuktikan bantuan kewangan dari kerajaan sekurang-kurangnya mengahabiskan tempoh satu sessi sehingga akhir bulan Ogos 2009 nanti.

Ramai di antara pemain baru yang kita rekrut 9 bulan yang lepas kini telah menunjukan mutu permainan yang amat mengkagumkan sehingga beberapa diantara mereka sedang di minati oleh FAM sendiri sebagai berpotensi menjadi pemain kebangsaan. Moral pemain-pemain dan pegawai juga meningkat. Ahli-ahli Kelab penyokong PAFA juga pada akhir-akhir ini cukup bersemangat. Sama-samalah kita majukan PAFA demi kegemilangan Perak.

22 Jun 2009

ANGKAT SUMPAH AHLI PARLIMEN BUKIT GANTANG

Asalamualaikum dan salam sejahtera!

Berita tersebar luas tentang kekecohan yang berlaku pada hari Isnin, 15 Jun 2009 jam 10.00pagi di dalam Dewan Rakyat, yang menyebabkan Speaker Dewan Rakyat (Speaker) mengarahkan 7 orang ahli Parlimen termasuk saya untuk keluar dewan.

Tepat pada jam 10.00 pagi saya dijemput mengangkat sumpah/berikrar oleh Speaker setelah doa dibaca. Ketika itu saya lihat semua pemimpin Kerajaan (Perdana Menteri, Timbalan PM, Menteri dan Timbalan Menteri) serta pemimpin Pakatan Rakyat termasuk ketua Pembangkang dan pimpinan Pakatan Rakyat. Saya juga lihat ramai ketua Kementerian , Ketua setiausaha Kementerian, ketua Jabatan -jabatan dan wakil rakyat PR dari Perak dan orang ramai di ruang tetamu.

Ketika itu juga saya lihat ratusan Photographer/ jurugambar sedang menunggu dan mengambil gambar insiden angkat sumpah tersebut.

Saya berjalan ke rostrum dan terus berdiri serta mengangkat tangan kanan untuk membaca kenyataan sumpah yang tertera seperti berikut:-

" Saya, Mohammad Nizar bin Jamaluddin, setelah dipilih sebagai seorang Ahli Dewan Rakyat adalah dengan ini mengangkat sumpah/berikrar dengan sesungguhnya bahawa saya akan menunaikan kewajipan-kewajipan saya sebagai yang demikian dengan jujur dengan segala daya upaya saya, bahawa saya akan menumpukan taat setia yang sebenar kepada Malaysia, dan akan memelihara, melindungi serta mempertahankan Perlembagaannya".

Sewaktu saya membaca sumpah tersebut hati saya cukup bergelora dan sempat saya menjeling kearah YAB Perdana Menteri yang kebetulan, cukup hampir disebelah kiri saya. Sebaik sahaja selesai angkat sumpah, maka saya dijemput untuk menandatangani dokumen sumpah/ikrar. Saya menandatangani dokumen sumpah tersebut. Saya terus bangun dan secara spontan telah memohon izin dari Speaker seperti berikut"

"Tan Seri Tuan yang Di Pertua, saya ingin memaklumkan kepada semua ahli dewan ini tentang krisis perlembagaan di Perak sekarang". Maka saya terus melaungkan (HIDUP HIDUP, HIDUP RAKYAT! BUBAR BUBAR, BUBAR DUN PERAK!, HIDUP HIDUP, HIDUP RAKYAT ..) sambil melilit lilitan kain hitam yang tertulis ... Bubar DUN....

Pada masa yang sama ramai ahli Parlimen PR juga turut melilit lilitan kepala masing-masing. Kami di arah oleh Speaker untuk membuka dan menanggalkan lilitan tersebut di atas sebab bertentangan dengan tatatertib berpakaian. Saya akur arahan Speaker dan sejurus kemudian saya di iring ke kerusi Bukit Gantang yang terletak di belakang sekali (ceruk) dalam dewan.

Seramai 6 orang ahli Parlimen enggan membuka dan mereka diarah keluar Dewan. Semua mereka telah keluar dewan. Sebaik-baik sahaja saya mulai duduk dikerusi, belum sempat 10 saat, saya telah juga diarah keluar oleh Speaker kononya pencetus kekecohan. Saya akur dan keluar.

Kami kemudianya mengadakan sidang akhbar di lobi Parlimen dan saya serta rakan-rakan ahli Parlimen PR menerangkan serta memprotes arahan Speaker tersebut.

Saya bertindak secara spontan kerana saya tidak boleh terima perakuan sumpah saya mahu
memelihara, melindungi serta mempertahankan Perlembagaan Malaysia, sedangkan di hadapan saya tertonggok ketua perampas (YAB PM) yang mengepalai rampasan kuasa merompak hak rakyat dan kerajan Pakatan Rakyat pada 5 Feb. 2009 di Ipoh. Saya juga memikirkan kekejaman dan kezoliman UMNO-BN di Perak apabila mereka mengarah anggota keselamatan polis mencerobohi serta mengusir Speaker DUN Perak YB V. Sivakumar secara paksaan dan mengheret Speaker tersebut keluar dewan Undangan Negeri Perak dan menyembunyikan beliau di dalam sebuah storeroom.

Oleh kerana jiwa saya meronta, bagaimana saya bolih menerima suasana di dalam Dewan Rakyat kita bolih bersidang mengikut peraturan dan tenteram sedangkan di DUN Perak orang yang sama melanggar, menodai, mencabuli peraturan dan perlembagaan. Saya tidak bolih terima keadaan begini!.

Saya amat terasa benar bagaimana mereka tanpa ketemadunan mencerobohi DUN Perak dan dengan zolimnya mengusir Speaker yang sah YB Sivakumar.

Sudah tentu mesej sampai kepada YAB PM dan pimpinan UMNO BN peringkat pusat mengenai apa yang mereka lakukan di Perak. Inilah hakikatnya yang mana keseluruhan rakyat Perak termasuk institusi dan lain-lain individu mahukan DUN Perak dibubarkan bagi menyelesaikan kemelut politik dan krisis perlembagaan di Perak yang sudah masuk 5 bulan sekarang.

Jika YAB PM menyatakan mahu mendahulukan rakyat, maka rakyat mahukan DUN Perak dibubarkan, maka buktikanlah. Maka saya percaya bahawa di Dewan Rakyatlah tempat yang paling sesuai serta masa, suasana dan ketika yang paling optima untuk saya menjelmakan tuntutan rakyat untuk bubar DUN Perak dan mendedahkan kebiadaban YAB PM yang mengepalai rampasan kuasa tersebut. Sedangkan di Perak bila laungan yang sama dibuat, maka pihak polis telah dikerahkan menangkap ahli YB serta rakyat yang menyokong PR.

Pada 7 Mei 2009, di DUN Perak, apabila Speaker V Sivakumar, sebelum memulakan persidangan, mengarah 7 orang ADUN keluar dewan (YB Zambry dan 6 exco lain) mereka ingkar. Bukan hanya ingkar, mereka kerah anggota polis ramai-ramai rampas dan usung paksa Speaker tersebut keluar dewan dan meletakan Speaker haram.

Di Dewan Rakyat, apabila 7 orang ahli Parlimen ( saya dan 6 orang ahli Parlimen) keluar dewan, kami akur dan tinggalkan dewan rakyat, kerana kami faham dan akur serta peka kepada kuasa Speaker dewan. Kenapa UMNO-BN tak ikut dan patuh arahan Speaker Perak?

Inilah suasana konflik yang berlaku seolah-olah tiada apa berlaku di Perak, dan pimpinan UMNO-BN bolih buat tak tahu dan lepas tangan sahaja. Apapun, penyelesaian krisis perlembagaan Perak dan kemelut politik hanya bolih diselesaikan dengan bubarkan DUN Perak.

Sebanyak 4 pilihanraya kecil telah diadakan sejak kemelut politik di Perak, semuanya telah selamat dilaksanakan dan rakyat bolih terima keputusan pilihanraya tersebut. Kemelut Perak sekarang sudah berlanjutan hampir 5 bulan dan masih tidak ada penyelesaian. Mampukah dan mahukah kita melihat perlanggaran dan pencabulan perlembagaan negeri dan pusat? Jika penyelesaian adalah dibubarkan DUN Perak, kenapa UMNO cuak sangat bertemu rakyat dan menyerahkan hak rakyat bagi memilih kerajaan baru?

2 Jun 2009

SEKOLAH PERLEMBAGAAN DI PERAK

Assalamualaikum.

Berikut adalah petikan dari Malaysiakini karangan sdr Hishamuddin Rais utk tatapan pelayar. Sebenarnya banyak lagi perkara yang boleh ditimba dari kemelut politik Perak. Rupa dan wajah sebenar semua institusi-institusi, NGO swasta dan pro BN, badan keagamaan, individu, kehakiman termasuk hakim, jabatan kerajaan negeri dan federal, dll juga turut terdedah luas.

Sesungguhnya suatu pertentangan aqeedah (ideological conflict) sedang bercambah di bumi Perak. Ini semua dipertontonkan oleh Allah SWT supaya konflik ini dapat mengemukakan suatu perbezaan aqeedah masyarakat di antara HAQ dan BATHIL. Sama-sama kita kaji dan buat posisi masing-masing. Salam hormat dan terima kasih kepada pembaca dan Sdr Hishamuddin.


Kemelut Perak bertukar hujan emas
Hishamuddin Rais May 22, 09 6:37pm

Apa yang sedang berlaku di Perak amat baik sekali. Kelam-kabut dan kacau-bilau yang sedang kita lihat berlaku di Perak sekali imbas tidak mendatangkan faedah kepada orang ramai. Tanggapan sebegini satu pandangan yang salah. Apa yang berlaku di Perak ini adalah satu rahmat untuk seluruh warga Malaysia. Hujan emas sedang turun mencurah-curah di Perak.

Untuk pertama kalinya seluruh rakyat Malaysia telah melihat contoh yang amat jelas tentang peranan monarki atau institut beraja. Monarki yang selama ini amat lunak dengan ucapan-ucapan yang molok-molok telah mendodoikan orang ramai. Hasilnya, orang ramai telah terlena dan terlalai. Tiba-tiba monarki telah diduga – sama ada berdiri tegak menjadi payung rakyat atau bersama kuasa kezaliman. Tindakan dan keputusan yang diambil oleh monarki di Perak memperlihatkan sifat asli monarki dengan jelas. Tingkah laku dan tindakan monarki ini telah melahirkan sentimen republikan di kalangan orang Melayu. Sentimen republikan ini memang sedia wujud dalam hati dan sanubari orang ramai – tetapi tidak meluas.Apa yang terjadi di Perak telah mengembangkan lagi sentimen republikan ini. Apa yang menarik ialah sentimen republikan ini bukan lahir kerana kempen dan propaganda tetapi kerana tingkah laku monarki itu sendiri. Orang ramai yang selama ini melihat monarki sebagai simbol kesaksamaan dan ketelusan telah mendapat satu pendidikan politik yang amat berharga.

Kini Perak sedang menjadi sekolah politik yang terunggul. "Raja adil raja di sembah, raja zalim raja disanggah" benar-benar menjadi realiti yang hidup di Perak. Sekolah politik yang sedang berjalan di Perak ini juga sedang mendidik warga seluruh Malaysia untuk lebih waspada agar mengetahui hak-hak mereka dalam Perlembagaan. Untuk pertama kalinya warga telah disedarkan untuk bangun membaca dan memahami beberapa fasal dalam perlembagaan Perak. Hasil daripada krisis ini, warga Perak khususnya telah mengetahui peranan raja, peranan menteri besar, peranan tuan Speaker DUN dan had-had yang diwujudkan melalui perlembagaan. Selama kini tidak ramai warga yang ingin mengambil tahu secara terperinci tentang hal-hal perundangan ini.Mereka lalai dan membiarkan para peguam untuk mentafsir hal perundangan. Apa yang sedang berlaku di Perak telah mendidik rakyat agar mereka sendiri wajib mengetahui dan memahami hak dan kuasa sebenarnya berada di dalam genggaman mereka.

Najib Razak berniat merancang "rampasan kuasa" di Perak kerana ingin memperlihatkan bahawa dirinya bukanlah lembik seperti Abdullah Ahmad Badawi. Rampasan yang dilakukan sebelum peralihan kuasa kepadanya ingin dijadikan sebagai tiupan sangkakala untuk menghapuskan pengaruh Pakatan Rakyat. Tiupan sangkakala Najib ini diharap-harapkan dapat membangunkan kembali semangat United Malays National Organisation yang telah pecah bertaburan sesudah 8 Mac 2008. Harapan Najib ini jelas telah ranap. Dari hari ke hari Perak sedang menjerut leher United Malays National Organisation. Pemanjangan krisis ini amat baik untuk Pakatan Rakyat. Lagi lama Perak menanah, lagi subur sokongan orang ramai terhadap Pakatan Rakyat.Hari ini MCA, Gerakan dan PPP – komponen Barisan Nasional – telah mula bersuara seirama dengan nada Pakatan Rakyat.

Inilah tanda-tanda politik sihat apabila elemen-elemen demokrat dalam Barisan Nasional telah mula bersuara.Badan-badan NGO seperti Suhakam dan Majlis Peguam juga telah mula bersuara. Lembaga-lembaga ini telah menyatakan pandangan mereka untuk menolak tindak-tanduk yang dilakukan oleh United Malays National Organisation dalam usaha mereka untuk mengambil alih kuasa pentabiran di Perak.Malah dari dalam United Malays National Organisation sendiri kita telah mula mendengar suara-suara yang tidak mempersetujui langkah dan tindak-tanduk yang telah diambil oleh Najib.

Inilah tanda-tanda bahawa masih wujud elemen sihat dan sentimen demokrat di dalam United Malays National Organisation - walaupun kecil.Suara-suara ini bukan suara musuh tetapi suara sahabat.Krisis adalah dugaan. Krisis di Perak telah menduga Pakatan Rakyat. Dugaan ini telah memperkukuhkan lagi setiakawan di antara parti PAS, PKR dan DAP. Semangat setiakawan yang kukuh dan berpanjangan akan lahir dalam kancah perjuangan.Perak adalah medan tempur yang menduga tiga buah parti politik untuk mengetepikan agenda sampingan dan menerkam agenda induk. Kebijaksaan berpolitik di Perak akan dapat membezakan yang mana kayu dan yang mana hutan.Setiakawan ini telah dilihat dengan amat jelas sekali dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang. DAP yang selama ini dimomokkan sebagai parti kecinaan telah diterima oleh orang Melayu.

PAS yang selama ini dimomokkan dengan hukum hududnya telah menerobos masuk ke dalam kawah Cina. Inilah perkembangan yang amat menakutkan United Malays National Organisation.Dua buah parti ini - sebelum ini - selalu digunakan sebagai senjata ampuh United Malays National Organisation untuk memecah belahkan orang ramai, untuk saling menumbuhkan kecurigaan sesama sendiri.Di Perak, orang Melayu tidak lagi waswas dan gentar untuk menerima DAP. Di Perak, orang Cina tidak lagi takut untuk menerima PAS. Setiakawan seperti ini pasti akan menakutkan sesiapa sahaja yang mengamalkan politik rasis dan perkauman.Dalam kancah pertempuran pucuk pimpinan juga akan diduga.

Krisis di Perak telah memunculkan dua ikon kepimpinan yang unggul – Mohammad Nizar Jamaluddin dan V Sivakumar. Kalau di permulaan era Reformasi dahulu, yang muncul hanya Anwar Ibrahim - masih lagi dilihat sebagai perwakilan ikon Melayu. Anwar mengambil masa yang agak lama untuk meyakinkan warga bukan Melayu bahawa reformasi adalah agenda untuk semua.Berbanding dengan krisis Perak, secara sepontan Nizar dan Sivakumar telah dilihat sebagai pemimpin yang mewakili semua bangsa. Tidak timbul apa-apa persoalan atau waswas seperti yang terjadi kepada Anwar.Perkembangan ini membuktikan telah ada anjakan dan kedewasaan pemahaman politik untuk semua warga Malaysia.Apa yang berlaku di Perak ini tidak banyak bezanya daripada apa yang berlaku pada 1998. Pada malam 20 September, Anwar ditangkap di rumahnya. Episod penangkapan ini telah menjadi ombak besar yang membuka gelombang Reformasi.

Pada malam itu mata rakyat Malaysia telah terbuka untuk melihat kezaliman yang diwakili oleh Mahathir Mohamad.Di Perak, episod ini berulang lagi. Pada 7 Mei lalu, sekali lagi mata rakyat terbuka apabila melihat Sivakumar diheret keluar dari kerusi tuan Speaker dan dikurung agar kuasanya dapat dirampas.Kini sekali lagi, satu Malaysia telah terbuka mata untuk melihat penerusan kezaliman yang diwakili oleh Najib Razak.Sama ada DUN dibubar atau tidak dibubar bukan lagi persoalan. Sekolah politik yang sedang dibuka di Perak wajib disebarkan ke seluruh negara. Aktivis dan angkatan muda Pakatan Rakyat wajib menjelajah ke seluruh pelusuk untuk membawa sekolah politik ini.Ombak Perak ini wajib terus berdesir sehingga menjadi gelora membadai. Bara kemarahan rakyat jangan dipadam-padamkan malah wajib terus dikipas dan dibakar.Musim menuai hanya akan sampai apabila pilihanraya umum diadakan nanti. Perak sedang membawa hujan emas kepada Pakatan Rakyat. Lebih lama hujan ini, lebih subur politik Malaysia.

---------

Terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan dan dorongan kepada saya dan Pakatan Rakyat melalui email, sms dll. Usaha sedang dibuat untuk mengangkat konflik ini ke persada apex (Mahkamah Persekutuan). Hingga kini hakim-hakim mahkamah rayuan masih belum siap ulasan penghakiman (written grounds of judgement) yang dibuat pada 22 mei lalu (dlm masa 5 minit). Namun peguam2 saya akan memulakan filing mulai 8 jun ini walaupun ulasan para hakim mahkamah rayuan tak siap2.

Teruskan doa dan munajat. Salam hormat.

YB DS IR HJ MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN

27 May 2009

PENGHAKIMAN MAHKAMAH RAYUAN-PANDANGAN PAKAR PERUNDANGAN PERLEMBAGAAN

Asalamualaikum semua,

Saya salinkan disini untuk tatapan (maaf hanya bahasa Inggeris), pandangan dan pendirian bekas hakim mahkamah rayuan NH Chan mengenai penghakiman hakim-hakim mahkamah rayuan (lima minit berlisan) pada 22 mei 2009 jam 3.45 petang.

Saya telah cadangkan beberap peguam untuk mengalihbahasakan kedalam BM supaya ramai lagi bolih mendapat munafaat dari pendirian tersebut. Salam maju jaya.


Do take the trouble to understand before you find fault with the judges of the Court of Appeal — NH Chan
(Sila fahami sungguh-sungguh situasi sebenar sebelum mencari kesilapan hakim-hakim Mahkamah Rayuan)

MAY 26 — Before you go about judging the judges of the Court of Appeal on their five minute oral decision, which they handed down on Friday, May 22, 2009, please bear in mind the wise words of the most liberal of American judges, judge Learned Hand who once wrote — The Spirit of Liberty, p 110:
… while it is proper that the people should find fault when the judges fail, it is only reasonable that they should recognise the difficulties … Let them be severely brought to book, when they go wrong, but by those who will take the trouble to understand.

I shall now try to help you take the trouble to understand the oral findings of the Court of Appeal. First of all we will look at what the New Straits Times, Saturday, May 23, 2009 has to say:

PUTRAJAYA. … In allowing the appeal by Datuk Seri Zambry Abdul Kadir that he was constitutionally appointed as Mentri besar by the sultan on Feb 6, Court of Appeal judge Datuk Md Raus Sharif said there was no clear provision in the state Constitution that a vote of no confidence against Nizar must be taken in the assembly.

Raus, who sat with Datuk Zainun Ali and Datuk Ahmad Maarop to hear submissions on Thursday, said Nizar had on February 4 made a request to the sultan to dissolve the assembly under Article 16 (6) because he no longer enjoyed the support of the majority assemblymen.
He said Nizar had no choice but to resign once the ruler declined to dissolve the assembly.
“There is no mandatory or express requirement in the Perak Constitution for a vote of no confidence to be taken in the legislative assembly,” Raus said in a five-minute oral ruling before a packed court room.

That was all. That is the gravamen of the five minute decision. What the Court of Appeal has said above as reported in the New Straits Times had also been said by Mr Justice Abdul Aziz in the High Court in his well considered judgment - 78 pages on A4 paper. This is what the High Court judge said, at p 30:

It is not in dispute that His Royal Highness had exercised the royal prerogative in this case pursuant to Article XVI (2) (a) and (6) of the Perak State Constitution. However the applicant [Nizar] is not asking the Court to review His Royal Highness' prerogative to appoint the respondent [Zambry] as MB Perak or His Royal Highness’ prerogative to withhold consent to dissolve the State Legislative Assembly. The applicant concedes that the two royal prerogatives are not subject to review and non justiciable. That is the reason, the applicant [Nizar] said, His Royal Highness was not made a party to the present disputes.

And at pp 36, 37 Abdul Aziz J also said:
Under Article XVI(2) of the Perak’s State Constitution His Royal Highness shall appoint as Mentri Besar a member of the State Legislative Assembly who in His Royal Highness’ judgment is likely to command the confidence of the majority of the members of the State Legislative Assembly. …

I never had any doubt that the exercise of the royal prerogative to appoint a Mentri Besar pursuant to Article XVI(2) Perak’s State Constitution is solely based on personal judgment of His Royal Highness and that His Royal Highness may resort to any means in order to satisfy himself and accordingly to form his judgment as to whom who is likely to command the confidence of the majority of the State Legislative Assembly that he can be appointed as the Mentri Besar to lead the Executive Council.

I also have no doubt that His Royal Highness has absolute discretion with regard to the appointment of a Mentri Besar and the withholding of consent to a request for the dissolution of the State Legislative Assembly. This is plain and obvious from the reading of Article XVIII (1) and (2) (a) and (b) of Perak’s State Constitution. The High Court judge even agreed, at p 37:
… that if the Mentri Besar ceases to command the confidence of the majority of the members of the State Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council,…
So then, how could the Court of Appeal overrule the judgment of the High Court when the higher court substantially agrees with the judgment of the High Court? The newspaper report is not very clear on this point as we are still unaware of the reason for overruling the judgment of the High Court judge.

However, according to the report in the New Straits times, Raus JCA did say, “There is no mandatory or express requirement in the Perak Constitution for a vote of no confidence to be taken in the legislative assembly.”

So what if there is no provision for a vote of no confidence in the Legislative Assembly? The High Court had found that Nizar is still the Mentri Besar. To overrule the decision of the High Court, the Court of Appeal must explain why the judge of the High Court was wrong in finding that Nizar is the Mentri Besar.

The newspaper had even suggested that it could be implied in the ruling of the Court of Appeal that the Ruler had sacked the incumbent Mentri Besar Nizar:
The unanimous Court of Appeal ruling yesterday seems to suggest that a head of state can sack the incumbent head of government once it was determined that the politician ceased to command the confidence of a majority of the elected representatives.

The newspaper is wrong. That was not the finding of the Court of Appeal. In any case the monarch has no power to dismiss a Mentri Besar — there is no provision for it in the Perak Constitution. The trial judge Abdul Aziz J in his judgment has explained why he found that Nizar is still the Mentri Besar. This is how he puts it — see p 54 of his judgment:
It is true the request may be made only under two provisions of Perak’s State Constitution i.e. Article XVI(6) and Article XXXVI (1) and (2). But the circumstances under which the request can be made are unlimited. The request under Article XVI(6) is specific to a situation where the Mentri Besar ceases to command the confidence of the majority in the State Legislative Assembly; whereas under Article XXXVI (1) and (2), [the] situation is unlimited. It is up to the Mentri Besar to choose his time to make the request. However once a request is made under whichever of the two provisions, it is entirely up to His Royal Highness’ discretion whether to grant or [not to grant] the consent to dissolve the State Legislative Assembly.

Then at pp 56-58 the High Court judge comes to this conclusion:
In my view it is alright if His Highness takes upon himself to determine who commands the confidence of the majority in the State Legislative Assembly that he can appoint as the Mentri Besar. Such determination however is only good for the purpose of appointing a Mentri Besar pursuant to Article XVI(2)(a) Perak State Constitution. This is so because that provision speaks of ‘who in his judgment is likely to command the confidence of the majority’. The language used therein requires the exercise of a personal judgment on His Royal Highness.
But the same thing cannot be said with regard to Article XVI(6) in deciding whether the Mentri Besar ceases to command the confidence of the majority of the members of the Legislative Assembly. In this case His Royal Highness, through his enquiries has judged that the respondent [Zambry] has the support of the majority. But that finding does not necessarily mean His Royal Highness can form an opinion that the applicant [Nizar] ceases to command the confidence of the majority of the members of the legislative assembly.

One reason for this is that the expression ‘in his judgment’ is not used in Article XVI(6). I am of the view that just because His Royal Highness had formed a judgment that the respondent [Zambry] is likely to command the confidence of the majority for the purpose of Article XVI(2)(a) to appoint the respondent [Zambry] as Mentri Besar it does not mean that His Royal Highness’ opinion or judgment is applicable in deciding that the applicant [Nizar] ceases to command the confidence of the majority of the members of the Legislative Assembly.

In another word, one cannot say that because His Royal Highness has judged that the respondent [Zambry] is likely to command the confidence of the majority in the Legislative Assembly therefore the applicant [Nizar] ceases to command the confidence of the majority of the members of the Legislative Assembly. I would say that the personal opinion or judgment of His Royal Highness is irrelevant to the construction of Article XVI(6).

The [other] reason is that Article XVI(5) Perak State Constitution states that the Executive Council shall be collectively responsible to the Legislative Assembly. Under Article XVI(2)(a) the Mentri Besar is appointed to preside over the Executive Council. Article XVI(6) speaks of “If the Mentri Besar ceases to command the confidence of the majority of the members of the legislative Assembly …”. Reading these three provisions in Article XVI Perak State Constitution it is logical and in fact Article XVI(6) requires it to be so, that it is the Legislative Assembly that determines whether it has confidence in the Mentri Besar as the Head of the Executive Council. The Legislative Assembly may make the determination through a vote of no confidence against the Mentri Besar. (The emphasis is mine)

It seems to us ordinary folk that the Court of Appeal has missed the point. They decided that Zambry was properly appointed Mentri Besar under Article XVI(6). That is not correct — he could only be appointed under Article XVI(2)(a). Since there cannot be two Mentri Besar and Nizar the incumbent Mentri Besar has not resigned and, further, since the legislative assembly did not decide if he has ceased to command the confidence of the majority of the members of the assembly, Nizar, unquestionably, is still the Mentri Besar of Perak.

Nizar’s case was that Article XVI(6) speaks of “If the Mentri Besar ceases to command the confidence of the majority of the members of the Legislative Assembly”. The poser is who is to decide “If the Mentri Besar ceases to command the confidence of the majority of the members of the Legislative Assembly” under Article XVI(6)? Certainly not the Ruler because the phrase “in his judgment” — which is used in Article XVI(2)(a) — is not used in Article XVI(6). If it is not to be the Ruler then who is to decide “If the Mentri Besar ceases to command the confidence of the majority of the members of the Legislative Assembly”?

The answer is in Article XVI(6) itself — only the Legislative Assembly itself could decide if the Mentri Besar ceases to command the confidence of the majority of the members of the Assembly. Article XVI(6) clearly states that the Mentri Besar who no longer commands the confidence of the majority of the Legislative Assembly “shall tender the resignation of the Executive Council”. This has to be done “unless at his [the Mentri Besar's] request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly”. But Mentri Besar Nizar could not admit that he ceases to command the confidence of the majority of the members of the Legislative Assembly because he would not know until a vote has been taken at the Assembly to determine so. Only the Assembly itself would know if a vote is taken to determine whether the Mentri Besar has lost the confidence of the majority of the members of the Assembly.

Now that you have understood the five-minute decision of the Court of Appeal as well as the well considered judgment of the trial judge, you should be able to severely bring to book the judges of this Court of Appeal since you are now aware if they have done wrong.

Before I sign off, I wish to say a few nice words to the High Court judge. Mr Justice Abul Aziz Abdul Rahim is a fantastic judge. The judgment, especially the piece on the interpretation of Article XVI(6), is so good that it has persuaded me to change my mind on my view of Article XVI(6). If you remember my first article, I have expressed an opinion on Article XVI(6). Now I know I was wrong — and I have to thank Abdul Aziz J for showing me the way. —
loyarburok.com

Bekas hakim ini (NHChan) pernah berceramah di PJ Civic Hall pd 13 Mei 2009 mengenai kemelut politik dan krisis perlembagaan di Perak yg di hadiri tak kurang dari 10,000 orang.
Sehingga sekarang peguam2 saya masih menunggu ulasan penghakiman dari hakim2 mahkamah rayuan. Masih belum dikeluarkan berbeza dgn hakim YA Abdul Azizi, hakim mahkamah tinggi KL, yang membacakan ulasan pengakiman selama 1jam 27 minit untuk memutuskan keabsahan kedudukan MB Perak mengikut Perlembagaan Perak.

* Justice NH Chan is a retired judge of the Courts of Appeal.

26 May 2009

KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN PUTRAJAYA

Asalamualaikum

Kepada semua pelayar ke blog saya, di pohon jutaan kemaafan kerana tidak dikemaskini blog ini. Namun terima kasih kerana sudi melayari.

Kini saya salinkan secebis sketsa dari salah seorang peguam saya sdr Hanipa Maidin yang telah menyumbangkan pandangan penghujahan ini yang telah dinyatakan oleh lead counsel, Hj Sulaiman Abdullah tatkala membentangkan submission beliau kepada 3 orang hakim Mahkamah Rayuan pada 21 Mei 2009. Malangnya barangkali tidak didengari oleh yang ariff hakim:-

oleh :Mohamed Hanipa Maidin

Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi awal Januari 2010, Najib Tun Razak yang baru pulang ke rumah rasminya di Putrajaya tiba-tiba dikejutkan dengan satu surat dari Duli Yang Mulia Yang DiPertuan Agung ( YDPA ) bahawa beliau dan Rosmah hendaklah mengosongkan rumah rasminya kerana YDPA telah melantik orang lain sebagai Perdana Menteri menggantikan beliau.

Alasan YDPA di dalam surat tersebut adalah ahli-ahli Dewan Rakyat khususnya dari Pakatan Rakyat ( PR ) dan beberapa ahli BN yang mula menyokong PR telah berjumpa YDPA di Istana dan menyatakan bahawa mereka tidak lagi yakin dengan Najib dan mahu orang lain sama ada Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang atau Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Surat YDPA juga menyatakan bahawa jika Najib tidak meletak jawatan beliau hendaklah dipecat dari jawatannya sebagai Perdana Menteri.

Najib merengus marah manakala Rosmah berteriak macam orang yang kena histeria . Najib yang masih marah dan berang berkata : “ Macam mana Tuanku dengan sewenang-wenangnya memecat patik sedangkan Parlimen tidak mengadakan apa-apa sidang atau membawa apa-apa usul atau undi tidak percaya kepada patik. Patik tidak nampak mana –mana peruntukkan di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan yang memberi kuasa kepada Tuanku untuk memecat patik sebagai Perdana Menteri. Macam mana patik boleh dengan mudah dipecat dan sebagai ganti dilantik orang lain sebagai Perdana Menteri sedangkan tidak ada sebarang undi tidak percaya diluluskan di Parlimen ke atas patik”.

Keluhan Najib didengar dengan tenang oleh YDPA . YDPA dengan senyum berkata kepada Najib : “ Adakah tuan hamba sudah lupa bahawa pada 22 hb Mei 2009 iaitu pada hari Jumaat jam 3.30 petang di tingkat bawah Palace of Justice, Putrajaya tiga orang Hakim Mahkamah Rayuan iaitu Yang Arif ( Y.A ) Dato Raus Sharif, Y.A Dato Ahmad Maarof dan Y.A Dato’ Zainon Ali telah sebulat suara memutuskan antara lain bahawa

a. Seorang Menteri Besar ( di peringkat Negeri ) atau Perdana Menteri ( PM ) di peringkat Pusat secara tersirat boleh dipecat atau diminta letak jawatan jika Sultan atau YDPA memutuskan bahawa MB atau PM tidak lagi mendapat sokongan majoriti ADUN atau Ahli-Ahli Parlimen.

b. Perkara 16 ( 6 ) Perlembagaan Perak atau Perkara 43 ( 4 ) Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut bahawa kaedah bagi menentukan bahawa seorang MB atau PM hilang keyakinan majoriti ADUN atau ahli-ahli Parlimen adalah melalui undi tidak percaya ( votes of no confidence ).

c. Kes Stephen Kalong Ningkan ( 1966 ) iaitu kes yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di Sarawak yang memutuskan bahawa Governor atau Sultan tidak ada kuasa memecat Ketua Menteri atau MB dan satu-satunya cara menentukan seorang MB atau PM hilang keyakinan ahli-ahli Dewan adalah melalui undi tidak percaya tidak boleh lagi dipakai.

YDPA seterusnya menambah : “ Bukankah keputusan Mahkamah Rayuan tersebut yang tuan hamba inginkan bagi meraih keuntungan politik jangka pendek tuan hamba dan parti tuan hamba. Bukankah tuan hamba yang berkeras tidak mahu mendengar keluhan rakyat dan pemimpin partai komponen tuan hamba sendiri supaya krisis di Perak diselesaikan secara aman dan melalui amalan demokratik iaitu dengan kembali kepada rakyat melalui Pilihanraya semula di Perak. Maaf tuan hamba, Beta terikat dengan keputusan tersebut dan tidak boleh buat apa-apa . Maka Beta dengan ini memerintahkan tuan hamba dan sekeluarga keluar dari rumah rasmi Perdana Menteri kerana tuan hamba bukan lagi Perdana Menteri Malaysia.”

Najib tersentak dan lemah segala sendi manakala Rosmah pula terkaku dan jatuh pengsan. Tiba-tiba mereka sedar keputusan Mahkamah Rayuan hari ini kini telah makan diri. Jika keputusan yang paling wajar dan munasabah oleh Y.A Hakim Mahkamah Tinggi iaitu Y.A Dato’ Aziz Abdul Rahim yang memutuskan bahawa satu-satunya cara menentukan seorang MB atau PM hilang keyakinan ahli-ahli Dewan adalah melalui undi tidak percaya sekaligus mengekalkan doktrin Raja Berperlembagaan ( Constitutional Monarchy ) keputusan Mahkamah Rayuan pula ditafsirkan oleh ramai cendikiawan undang-undang telah melahirkan doktrin baru iaitu Raja Mutlak ( Absolute Monarchy ).. Jika Raja Berperlembagaan melahirkan kesejahteraan sudah tentu doktrin Raja Mutlak akan melahirkan suasana yang tidak menyenangkan.

Sketsa di atas adalah , bagi saya, cara terbaik untuk memahamkan para pembaca tentang kesan keputusan Mahkamah Rayuan pada hari ini.

Sebagai seorang anggota pasukan peguam Nizar, saya menghormati keputusan Mahkamah Rayuan tersebut. Tapi saya tidak pasti keputusan tersebut akan diterima dengan baik oleh rakyat khususnya rakyat di Perak..

Dalam keadaan keyakinan rakyat kepada institusi kehakiman masih belum pulih sepenuhnya sudah tentu keputusan Mahkamah Rayuan tersebut tidak dapat lari dari cemuhan rakyat. Inilah masalahnya apabila sesebuah institusi dalam sebuah negara sudah hilang keabsahan ( legitimacy ). Di negara ini apabila BN memerintah terlalu lama dan keabsahan parti tersebut dipertikaikan turut sama terpalit adalah institusi keadilan seperti Mahkamah , Peguam Negara dan polis. Apabila rakyat hilang keyakinan kepada sistem keadilan , maka sebarang keputusan Mahkamah apatah lagi keputusan seperti keputusan Mahkamah Rayuan pada hari ini sudah tentu tidak akan mudah diterima sebagai satu keputusan yang adil dan telus.

Sejak dari awal rakyat sudah nampak macam ada sesuatu yang tidak kena kepada cara kes rayuan Zambry dikendalikan. Zambry kalah di Mahkamah Tinggi pada 11/5/2009. Mahkamah Tinggi menolak permohonan Zambry bagi menggantungkan perlaksanaan penghakiman.

Pada 12/5/2009 di sebelah pagi Zambry membuat permohonan bagi menggantungkan perlaksanaan penghakiman. Mahkamah Rayuan menetapkan tarikh pendengaran permohonan Zambry pada pagi hari yang sama . Tarikh pendengaran yang diberikan dengan tergesa-gesa sudah tentu memprejudiskan Nizar dan pasukan peguamnya bagi membuat persiapan yang teliti dan mendalam.

Pada tengah hari 12 hb Mei itu juga Y.A Hakim Dato Ramly membenarkan permohonan Zambry dan perintah diberikan tanpa sebarang syarat.

Nizar membuat permohonan bagi membatalkan perintah penggantungan yang diberikan kepada Zambry. Mulanya permohonan Nizar ditetapkan pada 18/5/2009 tetapi kemudiannya ditangguhkan pada 21/5/2009 iaitu pada hari yang sama rayuan Zambry didengar. Sudah tentu permohonan Nizar tidak lagi relevan untuk didengar atau seperti yang sering dikatakan ianya menjadi akademik.

21 hb Mei rayuan Zambry didengar dengan hujah lisan dan bertulis dikemukakan oleh pihak –pihak secara mendalam . Mahkamah hanya ambil masa satu hari sahaja untuk putuskan. Memang hebat Mahkamah boleh buat keputusan dalam masa satu hari .Tetapi cuba kita bayangkan jika kita menghantar baju untuk dijahit dan tukang jahit siapkan baju kita dalam satu hari- saudara boleh bayangkanlah tahap kualiti baju tersebut .

Suatu yang amat mengharukan kami ( pasukan peguam Nizar ) adalah meskipun Nizar kalah namun sambutan rakyat kepada kami di Mahkamah Rayuan hari ini seolah-olah menunjukkan Nizar yang menang dan bukannnya Zambry.

Untuk rakan pasukan peguam Nizar iaitu Tuan Haji Sulaiman Abdullah, Philip Khoo, Ranjit Singh, Razlan Hadri, Nga Hock Cheh, Chan Kok Keong, Mr .Leong, Edmond Bon, Amir Arshad dan Zulkarnain Lokman ingatlah keputusan hari ini tidak akan mematahkan semangat kita sebaliknya ia memberi semangat baru kepada kita untuk terus berjuang menentang kezaliman dan menegakkan keadilan . Kita jumpa lagi di Mahkamah Persekutuan insya’Allah.


Tidakah senario ini cukup membimbangkan dimasa akan datang?

Wasalam
YB DS Ir. Hj.Mohammad Nizar bin Jamaluddin